Wednesday, 21 August 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum..
 
 
ehemm..insyaAllah, Jodoh saya on da way nak salam tok kadi..hehe..ni nak cerita tentang drama Jodoh Itu Milik Kita dekat Astro Mustika HD *nasib baik abah langgan*..
 
 
Jodoh Itu Milik Kita adalah adaptasi novel karya Sara Aisha..Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.

Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.
Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya.

Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza) dan Aishah Ilias (Teja)..Jodoh Itu Milik Kita mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos jam 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
 
 
drama ni ada sipi-sipi macam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia..comel-comel je Tiz Zaqyah..dahla ada Nabila Huda, my another fav actress..harini nak masuk episod ke 3..sempat lagi kawan-kawan nak catch up..jom terpacak depan channel 134 jam 10 malam ni..
 
 
lagu dalam Jodoh Itu MIlik Kita ni pun best; Takkan Terpisah by Black..sayu je..
 
 
Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta
 
Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....
 
 
mp3 here
youtube here


 

7 comments:

  1. tu dia lah...cik azue sib baik ada pvr..siap dah rekod series..kimpom selalu terlepas punya..tetiba tgk parid kamil cam sesuai jer jadi aariizz...mcm nak suruh tayang toksah renti noooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xda pvr..tu yg xblh miss..kalo x kna lyn kt youtube la nnt..tepat pkul 10 isnin, selasa, rabu, tv milikku..tula, farid kamil mcm sweet2 plak..mmg sesuai jd aariz..

      Delete
  2. Ala, tak langgan mustika...
    Btw, tudung yg sy pakai aritu sy belit2 jer...tau2 jadi camtu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa...Teena try cri msti ada org yg compile semua episod n blh download..

      sy ada shwl cmtu tp xtau nk pusing2..slalu pkai sblh je..

      Delete
  3. dengar2 drama ni sedang meletop hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tgk awk..tp awk kn xminat Tiz :P

      Delete
  4. Saya jarang tengok drama melayu, tapi bila ada kawan syor tengok drama ini, saya cubalah itupun dah episod 8, cari balik kat youtube episode 1 -7, memang best sangat sampai dah habis episode 40 pun masih layan balik youtube, dah ulang tengok lebih 5 kali, masih tak bosan.... ganding tiz n farid memang best.... hari Astro boleh tayang semula drama tu/..

    ReplyDelete